News & Events

HEALTH TIPS | 4th February 2020

7 LANGKAH JAUHI KANSER.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa kanser kini penyebab kedua tertinggi kematian di dunia. Kira-kira 1 daripada setiap 6 kematian yang berlaku adalah disebabkan oleh kanser.

Menurut laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016, secara keseluruhannya 3 jenis kanser yang kerap berlaku di Malaysia adalah 𝐤𝐚𝐧𝐬𝐞𝐫 𝐩𝐚𝐲𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 (19%), 𝐤𝐚𝐧𝐬𝐞𝐫 𝐤𝐨𝐥𝐨𝐫𝐞𝐤𝐭𝐚𝐥 (13.5%) dan 𝐤𝐚𝐧𝐬𝐞𝐫 𝐩𝐚𝐫𝐮-𝐩𝐚𝐫𝐮 (9.8%).”

(Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, 2020)

Berikut antara tip-tip yang boleh diamalkan untuk menjadi individu bebas kanser:

𝙏𝙄𝙋 #1: 𝘼𝙈𝘼𝙇𝙆𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙈𝘼𝙆𝘼𝙉𝘼𝙉 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝘽𝙀𝙍𝙆𝙃𝘼𝙎𝙄𝘼𝙏 𝘿𝘼𝙉 𝙎𝙀𝙄𝙈𝘽𝘼𝙉𝙂 𝙎𝙀𝙍𝙏𝘼 𝙂𝘼𝙔𝘼 𝙃𝙄𝘿𝙐𝙋 𝙎𝙄𝙃𝘼𝙏

Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat perlu diutamakan berbanding makanan yang telah diproses seperti sosej, makanan bertin dan makanan sejuk beku.
Selain itu, setiap individu disaran melakukan aktiviti fizikal selama 150 minit setiap minggu untuk kekal aktif dan cergas.

𝙏𝙄𝙋 #2: 𝙆𝙀𝙆𝘼𝙇𝙆𝘼𝙉 𝘽𝙀𝙍𝘼𝙏 𝘽𝘼𝘿𝘼𝙉 𝙐𝙉𝙂𝙂𝙐𝙇

Masalah obesiti atau lebih berat badan merupakan antara punca kepada 13 jenis kanser. Paling membimbangkan, ramai penduduk Malaysia mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) melebihi 30 menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mendapat kanser.

𝙏𝙄𝙋 #3: 𝙃𝘼𝘿𝙆𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙉𝙂𝘼𝙈𝘽𝙄𝙇𝘼𝙉 𝙈𝙄𝙉𝙐𝙈𝘼𝙉 𝘽𝙀𝙍𝘼𝙇𝙆𝙊𝙃𝙊𝙇

Pengambilan minuman beralkohol berkait rapat dengan peningkatan risiko beberapa jenis kanser yang berbeza termasuk kanser mulut, esofagus, usus, hati, dan payudara. Jadi, hadkan pengambilan minuman beralkohol untuk mengurangkan risiko mendapat kanser.

𝙏𝙄𝙋 #4: 𝘽𝙀𝙍𝙃𝙀𝙉𝙏𝙄 𝙈𝙀𝙍𝙊𝙆𝙊𝙆

Kanser paru-paru merupakan kanser yang paling kerap dihidapi oleh perokok aktif serta pasif. Bahan kimia dan tembakau yang terkandung di dalam rokok boleh menjadi salah satu punca pembentukan sel-sel kanser di dalam badan terutamanya di bahagian paru-paru. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diamalkan untuk membantu anda berhenti merokok. Anda boleh menghubungi talian hotline untuk membantu anda berhenti merokok.

𝙏𝙄𝙋 #5: 𝙇𝙄𝙉𝘿𝙐𝙉𝙂𝙄 𝙆𝙐𝙇𝙄𝙏 𝘿𝘼𝙍𝙄𝙋𝘼𝘿𝘼 𝙎𝙄𝙉𝘼𝙍𝘼𝙉 𝙐𝙑

Pendedahan terlalu lama terhadap sinaran ultraviolet (UV) adalah faktor risiko utama bagi kebanyakan jenis kanser kulit. Hadkan aktiviti luar anda diantara pukul 10.00 pagi-4.00 petang sekiranya perlu kerana sinaran UV adalah tinggi pada waktu tersebut. Jika anad berada di luar pada waktu tersebut, pastikan anda memakai payung, topi, baju berlengan panjang atau seluar panjang bagi melindungi kulit anda daripada terdedah kepada sinaran UV.

Pastikan juga anda menggunakan losyen pelindung matahari “sunscreen” setiap hari walaupun cuaca kelihatan mendung pada hari tersebut. Anda perlu memilih pelindung matahari yang berspektrum luas yang mempunyai perlindungan daripada sinaran UVA dan UVB serta SPF 30 atau lebih.

𝙏𝙄𝙋 #6: 𝘽𝙀𝙍𝙃𝘼𝙏𝙄-𝙃𝘼𝙏𝙄 𝘿𝙀𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙐𝘿𝘼𝙍𝘼 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝘼𝙉𝘿𝘼 𝙎𝙀𝘿𝙐𝙏

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), keadaaan persekitaran menyumbang kepada 19% kes kanser. Faktor risiko terjadinya kanser paru-paru adalah berpunca daripada pencemaran udara. Sebagai contoh, debu asbestos yang berada di udara berkait rapat dengan kejadian kanser paru-paru, mesothelioma, tekak, dan kanser ovari. Untuk mengurangkan risiko tersebut, guna alat perlindungan pernafasan jika pekerjaan anda terdedah dengan bahan asbestos atau bahan penyebab kanser yang lain.

𝙏𝙄𝙋 #7: 𝙇𝘼𝙆𝙐𝙆𝘼𝙉 𝙐𝙅𝙄𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙉𝙂𝙀𝙎𝘼𝙉𝘼𝙉 𝘼𝙒𝘼𝙇

Jika anda berasa kelainan di mana-mana anggota tubuh badan anda, segera lakukan ujian saringan awal atau berjumpa dengan doktor yang terdekat bagi pemeriksaan lanjut.

𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧! Pemeriksaan awal mampu mengubah hidup anda.

Kanser ini boleh dirawat sekiranya dikesan pada tahap awal. Oleh itu ujian saringan atau pengesanan awal perlu dijalankan sekiranya terdapat salah satu faktor risiko yang anda alami.


Antara ujian pengesanan awal yang boleh dilakukan adalah:

1. Kanser payudara
• Mammogram
• Ultrasound


2. Kanser serviks
• Ujian Pap-Smear
• Ujian Human Papillomavirus (HPV)


3. Kanser kolorektal
• Kolonoskopi

4. Kanser paru-paru
• X-Ray
• CT Scan

Address

Kuala Terengganu Specialist Hospital
Jalan Sultan Mahmud, Kg Batu Buruk, Mukim, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Facebook

Follow us