News & Events

EVENTS | 1st February 2020

KTS Hospital Pupuk Kesedaran Penjagaan Kebersihan (Hygiene)

KUALA TERENGGANU, 1 Februari Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTSH) buat tahun ketiga berturut-turut menganjurkan Festival of Firsts bertempat di lobi utama hospital ini, pada 1 dan 2 Februari 2020.

Berbezanya pada edisi kali ini, KTSH mengambil kesempatan untuk berkongsi pengetahuan sambil mendemonstrasikan langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit yang kini sedang menular di seluruh dunia seperti virus Influeza dan Coronavirus. KTSH menerusi inisiatif ini memberi perhatian serius terhadap amalan penjagaan hygiene sebagaimana saranan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sepanjang program berlangsung, ramai orang awam yang berkunjung ke booth pameran kesihatan KTSH untuk mempelajari tatacara penjagaan hygiene yang betul, di samping berpeluang mendapat pemeriksaan kesihatan percuma. Turut dikongikan ialah lima langkah asas pencegahan penyakit berjangkit seperti:-

  1. Mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi;

  2. Kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun / bahan pencuci tangan (hand sanitizer);

  3. Mengamalkan adab batuk / bersin yang baik;

  4. Tidak bergaul dengan orang yang bergejala;

  5. Sentiasa mengamalkan cara hidup sihat

Dirasmikan oleh Pemangku Pengurus Besar KTSH, Salina Long, acara hujung minggu ini turut menggabungkan pelbagai aktiviti kekeluargaan seperti gerai jualan, pertandingan nyanyian kanak-kanak, pertandingan model cilik, pertandingan mewarna, zumba untuk wanita, pertandingan catur dan banyak lagi. Seperti tahun sebelumnya, KTSH menerima kunjungan oleh kira-kira 1,000 orang awam, khususnya komuniti tempatan daripada semua peringkat umur.

Dalam acara yang sama, turut diadakan pelancaran produk terbaharu KTS iaitu Basic Life Support (BLS) Training Package yang kini mula ditawarkan kepada orang luar. Di booth BLS diadakan demonstrasi cara-cara untuk memberi pertolongan cemas kepada mangsa tercekik, tersedak dan jantung terhenti yang boleh meragut nyawa. Pakej ini ditawarkan oleh KTSH kepada pengusaha-pengusaha taska, pekerja pejabat, pegawai kesihatan dan juga orang ramai. Selain itu, pada hari tersebut, KTS Hospital juga mengambil peluang untuk memperkenalkan servis terbaru iaitu KTSH Wow-Care di mana perkhidmatan penjagaan kejururawatan dapat dilakukan dari rumah pelanggan.

Festival of Firsts merupakan acara tahunan KTSH yang dianjurkan sejak tahun 2018 bertujuan mendekatkan orang ramai dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di KTSH. Hari Terbuka ini juga diharap dapat membina persepsi masyarakat tempatan supaya melihat KTSH sebagai pusat komuniti, bukan sahaja pusat rawatan.

Address

Kuala Terengganu Specialist Hospital
Jalan Sultan Mahmud, Kg Batu Buruk, Mukim, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Facebook

Follow us