News & Events

EVENTS | 14th December 2020

MAJLIS PELANCARAN KTSH HOMECARE

KTSH LUASKAN RANGKAIAN PEKHIDMATAN, LANCAR KTSH HOMECARE

Kuala Terengganu Specialist Hospital ( KTSH) anak syarikat bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad dibawah kelolaan Kumpulan Medic Iman (KMI Healthcare) hari ini telah melancarkan perkhidmatan "KTSH Homecare" yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar berlangsung di ruang legar KTSH.

Turut menyaksikan perasmian tersebut Haji Najman Kamaruddin, Pengarah Eksekutif TDM Berhad, dan Dr Rayney Azmi Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Medic Iman (KMI Healthcare). 

KTSH kini menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan terus ke rumah "KTSH Homecare" bagi membolehkan pesakit menerima penjagaan yang terbaik, bukan setakat di hospital tetapi juga dengan keselesaan di rumah. 

"Salah satu kekangan yang berlaku dari segi penjagaan kesihatan ketika perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah penangguhan rawatan oleh pesakit. Pesakit memilih untuk menangguhkan rawatan kerana tidak berani meninggalkan rumah dan pilihan ini boleh mengundang bahaya atau memudaratkan keadaan pesakit," ujar YB Dr Haji Alias dalam ucapan perasmian beliau.

Kelebihan utama KTSH Homecare adalah ianya tidak terbatas hanya kepada beberapa perkhidmatan sahaja, malahan melalui KTSH Homecare ia merangkumi rawatan secara menyeluruh dan disokong oleh perkhidmatan yang ditawarkan di dalam hospital seperti konsultasi pakar, fisioterapi, farmasi, dietetik dan nutrisi, serta perkhidmatan ambulans.

"Nilai teras "Inovatif" yang telah diterapkan di KTSH telah berjaya membuka satu lagi perkhidmatan baru sebagai tambah nilai dalam servis yang ditawarkan oleh hospital pakar tersebut. KTSH sebelum ini telah menjalankan projek perintis perkhidmatan yang akan ditawarkan. Tanpa disangka, ianya selari dengan situasi semasa dimana dunia dilanda dengan wabak COVID-19 dan PKP dilaksanakan, " jelas Salina Long, Pengurus Besar KTSH.

Tambah beliau, " sebahagian besar dari pelanggan KTSH Homecare terdiri daripada anak-anak Terengganu yang berada di perantauan yang memerlukan perkhidmatan untuk memantau keadaan kesihatan ibubapa dikampung sementara mereka berada di luar negeri atau tidak dapat pulang ke rumah terutamanya sewaktu PKP dilaksanakan. Dengan itu mereka mendapat jaminan bahawa ibubapa mereka dibawah penjagaan para professional."

KTSH Homecare diterajui oleh jururawat-jururawat hospital yang berlesen dan berpengalaman dengan sokongan dari doktor-doktor pakar. Dengan ini, rakyat Terengganu boleh mendapatkan perkhidmatan yang diyakini dan berkualiti tanpa was-was. Skop jagaan yang luas juga memudahkan pelanggan untuk memilih jenis perkhidmatan hanya dengan menghubungi Hospital untuk membuat temujanji. 

 

                                                                                ###

 

Address

Kuala Terengganu Specialist Hospital
Jalan Sultan Mahmud, Kg Batu Buruk, Mukim, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Careline

+609-637 8888

Emergency Number

+609-633 6866

Facebook

Follow us