𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐮𝐫𝐧𝐢 𝐊𝐌𝐈 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐮 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧!
KMI Tawau Medical Centre dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Tawau telah berjaya menganjurkan Kempen Derma Darah sempena Hari Penderma Darah Sedunia pada 14 Jun 2024 (Jumaat), bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada para penderma darah yang terdiri daripada warga dan pelanggan KMI Tawau dan tidak lupa juga orang awam yang turut menyumbang. Terima kasih juga diucapkan kepada kerjasama Swan Cake House.
Program murni ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk membantu Jabatan Perubatan Transfusi meningkatkan stok bekalan di hospital kerajaan. Tahniah dan syabas kepada semua hero yang tampil menderma darah!
“𝙆𝙈𝙄 𝙏𝙖𝙬𝙖𝙪 𝙈𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙟𝙪𝙞 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣 𝙎𝙞𝙝𝙖𝙩”