Berita & Acara

ACARA | 25th August 2024

Kelas Persediaan Kelahiran (Antenatal Class) 2.0

25 Ogos - KMI Tawau telah menganjurkan Program Kelas Persediaan Kelahiran (Antenatal) untuk ibu bapa yang akan menghadapi alam keibubapaan di masa yang akan datang. Kelas ini adalah sesi pembelajaran untuk membantu bakal ibu bapa bersedia menghadapi alam keibubapaan, persediaan semasa mengandung dan sebelum bersalin.

Kelas ini terdiri daripada lima sesi yang merangkumi pelbagai topik berkaitan. Sesi pertama, "Proses Kelahiran," disampaikan oleh Dr. Azarisyam Ahmad, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari KMI Tawau. Sesi kedua, bertajuk "Pain Management (Epidural)," dikendalikan oleh Dr. Yee Jun Vui, Pakar Anestesiologi (Bius) dari KMI Tawau. Dalam sesi ketiga, "Neonatal Jaundice & Baby Vaccination," peserta mendapat pencerahan daripada Dr. Teo Kai Ming, Pakar Kanak-kanak dari KMI Tawau. Sesi keempat, "Serai Postnatal Care Services," dibentangkan oleh Miss Winnie dari Pihak Serai Postnatal Care, yang juga merupakan salah satu penaja program ini. Akhir sekali, sesi kelima yang berupa kelas Demonstrasi dan Praktikal, dikendalikan oleh Sr. Noorfadilah Jematoe, Nursing Supervisor & Midwife dari KMI Tawau. Kelas sesi 5 ini memberikan pendedahan mengenai Teknik Penyusuan Susu Ibu, Teknik Senaman Semasa Kehamilan, dan Tips Penjagaan Si Comel.

Kelas ini dapat memberikan pendedahan dan pendidikan berkaitan dengan diet seimbang, senaman semasa hamil serta selepas hamil dan teknik meneran. Selain itu, ia juga melibatkan sesi praktikal mengenai senaman antenatal untuk ibu-ibu mengandung oleh pakar sebagai pendedahan kepada bakal ibu serta bapa mengenai cara-cara untuk membuat senaman yang selamat semasa hamil dan selepas bersalin.

Diharapkan semoga perkongsian ini berkenaan dengan kelas antenatal dapat memberikan semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat khususnya kepada ibu hamil di luar sana.

Terkini