Berita & Acara

BERITA | 24th August 2024

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐊𝐌𝐈 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐮 𝐤𝐞 𝐍𝐮𝐧𝐮𝐤𝐚𝐧, 𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚

Kunjungan Delegasi ke KMI Tawau ke Nunukan telah dilaksanakan pada 24-25hb Ogos 2024 yang telah disambut baik oleh kakitangan IDI Nunukan yang diketuai Dr. Sholeh Rauf, Magister Kesehatan merangkap Ketua Ikatan Dokter Indonesia (IDI) Cabang Nunukan, Indonesia. Pada hari pertama lawatan, delegasi KMI Tawau telah berkunjung ke RSUD Nunukan, rumah sakit umum daerah milik Pemerintah dan merupakan salah satu rumah sakit tipe C yang terletak di wilayah Kabupaten Nunukan,Kalimantan Utara. Turut bersama dalam rombongan, Pengarah KMI Tawau Medical Centre, Tn Haji Mohd Anuar Bin Ali, Pengurusan Operasi KMI Healthcare, Prof. Dr. Samiah Yasmin Abdul Kadir, dan juga Perancangan Strategik & Pembangunan Perniagaan KMI Healthcare, Puan Zalifah Yasmin Ibrahim. 

Seterusnya, Seminar Kesehatan “Current Update in Management of Emergency Cases” juga telah dijalankan di Gedung Atlas Medika RSUD Nunukan. Dr. Fadzly Ramidi, pakar ortopedik KMI Tawau dijemput untuk menjadi salah satu narasumber untuk memberi pengetahuan perubatan berkaitan dengan tulang kepada doktor umum dan kakitangan perubatan di Indonesia.

Pada hari kedua lawatan, Seminar Awam "Cermat Tugas : Cerdas dan Tanggap Masyarakat Perbatasan Menangani Henti Jantung dan Napas" telah diadakan di Gedung Amalia Kab. Nunukan. Dr. Fadzly Ramidi, pakar ortopedik KMI Tawau dijemput untuk menjadi salah satu narasumber untuk memberi pengetahuan perubatan berkaitan dengan tulang kepada masyarakat sekitar. Acara diteruskan dengan Studio dalam Dialog bersama Dr. Fadzly Ramidi, pakar ortopedik KMI Tawau untuk menyampaikan pengetahuan Penyakit DBD dan Penyakit Tulang di RRI Nunukan. Makan malam bersama kakitangan IDI Nunukan mengakhiri hari lawatan.

KMI Tawau teruja untuk meluaskan jangkauannya ke wilayah Nunukan di Provinsi Kalimantan Utara, Indonesia. Sebagai salah satu penyedia penjagaan kesihatan di Sabah, kami komited untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang boleh diakses dan berkualiti kepada penduduk Nunukan.

Dengan mewujudkan hubungan erat di rantau ini, KMI Tawau berhasrat untuk merapatkan jurang dalam akses penjagaan kesihatan dan menawarkan rawatan perubatan berkualiti. Kakitangan KMI Tawau yang terdiri daripada profesional perubatan berpengalaman dan kemudahan terkini akan berdedikasi untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat.

KMI Tawau percaya bahawa komitmen mereka terhadap kecemerlangan dan penjagaan berpusatkan pesakit akan memberi sumbangan besar kepada kesihatan dan kesejahteraan masyarakat setempat dan serantau.

Melalui kerjasama strategik ini, KMI Tawau Medical Centre bersedia untuk menerajui perubahan kemampanan dalam industri penjagaan kesihatan, dan yakin menyediakan rawatan kesihatan yang terbaik untuk warga tempatan mahupun pelancong asing, khususnya warga Indonesia.

Terkini