Alhamdulillah, Biro Kerohanian, Kelab Sukan dan Sosial KMI Tawau dengan penuh rasa syukur telah menganjurkan Program Liqa’ Tarbawiyyah sebagai penutup tirai 2024. Program ini diadakan bagi memohon keberkatan dan rahmat dari Allah SWT, agar tahun baharu 2025 disambut dengan penuh keimanan, ketaqwaan, serta semangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya.
Pengisian Program:
𝐁𝐚𝐜𝐚𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐬𝐬𝐢𝐧 & 𝐃𝐨𝐚 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧
𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐭
𝐒𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐚𝐳𝐤𝐢𝐫𝐚𝐡 – Pengisian rohani yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Syarifudin Sabri, Imam Masjid Daerah Al-Kauthar Tawau,
Program ini bukan sahaja dapat mempereratkan hubungan silaturahim sesama warga KMI Tawau, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh spiritual dan mendidik hati agar sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT dalam setiap langkah yang diambil.
Semoga setiap langkah dan doa yang dipanjatkan membawa kejayaan dan kemakmuran untuk kita semua. Mari bersama memulakan 2025 dengan tekad dan semangat baru, berlandaskan iman dan taqwa.
𝙆𝙈𝙄 𝙏𝙖𝙬𝙖𝙪, 𝙈𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙟𝙪𝙞 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣 𝙎𝙞𝙝𝙖𝙩! 𝙃𝙤𝙨𝙥𝙞𝙩𝙖𝙡 𝙋𝙖𝙠𝙖𝙧 𝙆𝙤𝙢𝙪𝙣𝙞𝙩𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙨𝙧𝙖 𝙄𝙗𝙖𝙙𝙖𝙝!
KKLIU 2618/2026