News & Events

ARTICLE | 22nd October 2020

E-buku Panduan Solat & Doa Amalan Bagi Pesakit

Penerbitan e-buku Panduan Solat & Doa Amalan Bagi Pesakit ini adalah selaras dengan aspirasi KMI Healthcare untuk memperkasa konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI), khususnya di seluruh hospital kami.

Matlamat HMI adalah untuk mencapai kesepaduan menyeluruh bagi hospital mengamalkan kecemerlangan perkhidmatan di samping memberi fokus kepada kemudahan pesakit serta waris pesakit dalam menunaikan kewajiban beribadah sepanjang berada di hospital kami.

E-buku ini dirangka berdasarkan rujukan Panduan Bersuci & Bersolat Bagi Pesakit oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersesuaian dengan prinsip Syarak yang bercirikan fleksibel, maslahah, mudah dan praktikal. Ia mengambil kira pelbagai situasi semasa pesakit bagi memastikan pembaca dapat melaksanakan ibadah dengan baik dan lancar serta tiada alasan untuk tidak menunaikan kewajiban solat.
 

Address

Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd
25th Floor, Menara KH Jalan Sultan Ismail 50250 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia.

Direct Line No

+603-2779 0573