News & Events

NEWS | 18th January 2020

Kesedaran menderma organ di Terengganu masih rendah - malaysiakini

Bilangan pengikrar derma organ di Terengganu masih kecil iaitu hanya 22,540 orang daripada keseluruhan 1.2 juta populasi, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak.

Beliau berkata statistik itu sekali gus menunjukkan kesedaran rakyat Terengganu mengenai pentingnya menderma organ yang boleh menyelamatkan nyawa manusia masih rendah.

Katanya antara yang menjadi halangan adalah faktor budaya dan agama yang menganggap amalan menderma organ dan tisu menyalahi hukum sedangkan bagi orang Islam terdapat fatwa jelas bahawa perkara itu dibenarkan.

"Ada juga yang berminat untuk menjadi penderma organ, tetapi mendapat halangan daripada keluarga disebabkan kekeliruan itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan di Kuala Terengganu Specialist (KTS) Hospital, di Kuala Terengganu, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Alias menggesa lebih ramai masyarakat tampil menjadi penderma organ untuk membantu insan memerlukan seperti pesakit kronik buah pinggang yang memerlukan pemindahan segera bagi menyelamatkan nyawa.

Berita Penuh: https://www.malaysiakini.com/news/507598

 

What's New

Past

Address

Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd
25th Floor, Menara KH Jalan Sultan Ismail 50250 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia.

Direct Line No

+603-2779 0573