News & Events

NEWS | 19th January 2020

Influenza: Jangan panik, Terengganu terkawal - Astro Awani

KUALA TERENGGANU: Penduduk di Terengganu tidak perlu panik dengan jangkitan influenza di negeri ini kerana ia masih dalam keadaan terkawal.

Demikian jaminan diberikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak.

Menurutnya, bilangan kes jangkitan yang direkodkan di Terengganu adalah kecil berbanding negeri lain. Setakat ini, kata Alias, Terengganu tidak berdepan dengan masalah kekurangan bekalan dos vaksin penyakit tersebut kerana ia masih boleh didapati di klinik swasta, klinik kesihatan dan hospital utama negeri ini.

“Kes influenza ini dalam keadaan terkawal, kes tidak banyak mana dan semua dalam keadaan tidak membimbangkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau menjelaskan bahawa vaksin influenza sebenarnya hanya perlu diberi kepada golongan tertentu, iaitu golongan kanak-kanak bawah lima tahun dan kakitangan kesihatan yang berhadapan dengan pesakit.

Justeru, orang ramai tidak perlu panik dan tergesa-gesa mendapatkan suntikan vaksin influenza kerana tidak semua memerlukannya.

Sementara itu, Alias turut meminta Kementerian Kesihatan meneliti semula arahan kepada Jabatan Kesihatan dan kerajaan negeri supaya tidak mendedahkan data berkaitan kes jangkitan influenza kepada orang ramai.

Jelasnya, ia bagi mengelak tercetusnya spekulasi tentang keadaan jangkitan di sesuatu tempat yang boleh menjurus kepada situasi panik.

Berita Penuh: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/influenza-jangan-panik-terengganu-terkawal-exco-228431

What's New

Past

Address

Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd
25th Floor, Menara KH Jalan Sultan Ismail 50250 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia.

Direct Line No

+603-2779 0573