News & Events

NEWS | 5th March 2020

COVID-19: TDMC Tutup Bilik Rawatan Yang Dijangkiti - Siakap Keli

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Pusat Perubatan Taman Desa (TDMC) melakukan tindakan segera dengan menutup semua bilik rawatan yang dijangkiti semalam, selepas satu kes COVID-19 dilaporkan di hospital itu.

TDM Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata petugas hospital yang mempunyai kontak dengan pesakit juga telah dikenal pasti untuk pemeriksaan.

TDM, melalui anak syarikatnya Kumpulan Medic Iman (KMI) menguruskan empat hospital pakar iaitu TDMC, Kelana Jaya Medical Centre di Petaling Jaya, Selangor; Kuantan Medical Centre di Kuantan, Pahang; dan Kuala Terengganu Specialist Hospital di Kuala Terengganu, Terengganu.

“KMI kini bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan segala langkah pencegahan dilakukan untuk memerangi penyebaran penyakit ini. Kami mengambil tindakan yang perlu untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan kakitangan kami. Mereka kini di bawah pemantauan rapi atau menjalani kuarantin di rumah,” menurut kenyataan itu.

TDM hari ini mengesahkan satu kes COVID-19 dilaporkan di TDMC melibatkan seorang wanita warga Malaysia berusia 46 tahun yang baru saja pulang dari Jakarta dan Bogor, Indonesia. Pesakit dan keluarganya termasuk suami, anak perempuan dan lelakinya mengunjungi kedua-dua destinasi itu dari 13 hingga 19 Feb.

Menurut kenyataan itu, wad umum hospital itu akan ditutup untuk kerja pembersihan dan membasmi kuman secara menyeluruh serta menyelesaikan isu kakitangan yang dikuarantin.

“Memandangkan sesetengah petugas kami perlu dikuarantin selama 14 hari, kami menyasarkan untuk membuka semula dalam tempoh 48 jam atau sehingga notis selanjutnya bergantung kepada bilangan pekerja. Operasi hospital yang lain akan berjalan seperti biasa,” menurut kenyataan itu lagi.

Berita Penuh: https://siakapkeli.my/2020/03/06/covid-19-tdmc-tutup-bilik-rawatan-yang-dijangkiti/

What's New

Past

Address

Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd
25th Floor, Menara KH Jalan Sultan Ismail 50250 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia.

Direct Line No

+603-2779 0573