News & Events

NEWS | 25th March 2020

PERNYATAAN RASMI COVID-19

Merujuk kepada penularan mesej Whatsap sejak 23 Mac 2020, Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS Hospital) ingin menegaskan bahawa pesakit yang disahkan positif Covid-19 oleh sebuah hospital swasta di Kuantan tidak pernah didaftarkan sebagai pesakit KTS Hospital. 


Beliau datang ke KTS Hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi kakitangan kami di bahagian saringan telah merujuk beliau terus ke Pusat Saringan Covid-19 terdekat kerana beliau mempunyai simptom-simptom Covid-19. 


Pihak KTS Hospital berusaha untuk memastikan hospital kami selamat dan bebas Covid-19 untuk para pelanggan kami. 


Dengan ini, kami memohon untuk setiap pelanggan kami untuk jujur dan menuruti segala langkah-langkah keselamatan yang ada sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini.

Sekian, terima kasih.