DAFTAR SEKARANG UNTUK DRIVE THRU UJIAN SARINGAN COVID-19.
Ianya sungguh mudah!
Kuala Terengganu Specialist Hospital percaya bahawa ujian saringan yang komprehensif merupakan faktor utama dalam menangani wabak COVID-19.
Pihak kami menyediakan ujian saringan COVID-19 secara ‘Drive Thru’ pada setiap Isnin dan Rabu, 8:00 pagi – 10:00 pagi. Ujian tersebut hanya dilakukan kepada pelanggan yang mempunyai temujanji sahaja.
Harga ujian RM699/ orang dan pembayaran serta pendaftaran mesti dibuat secara atas talian (online transfer).
Tempah temujanji anda melalui beberapa langkah mudah berikut:
Langkah 1: Layari laman ini Click Sini atau imbas kod QR pada poster.
Langkah 2: Isikan maklumat diri dengan lengkap pada borang yang disediakan.
Langkah 3: Lakukan pembayaran secara atas talian ke nombor akaun 563064112126 (Maybank), Kuala Terengganu Specialist Hospital Sdn. Bhd.
Langkah 4: Muat naik bukti pembayaran anda pada borang yang disediakan.
Langkah 5: Tekan ‘submit’ setelah selesai mengisi borang.
Langkah 6: Pihak KTS Hospital akan menghubungi anda untuk menetapkan tarikh dan masa (temujanji) pengambilan sampel.
Langkah 7: Sila hadir ke KTS Hospital pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
Langkah 8: Pihak KTS Hospital akan menghubungi anda dalam tempoh 2-3 hari untuk memaklumkan keputusan ujian.
Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian 09-637 8888.