KTS Hospital mengambil inisiatif selangkah ke hadapan di dalam menyediakan perkhidmatan tanpa tunai bagi memudahkan para pelanggan melakukan sebarang transaksi pembelian di hospital kami.
Program ini dirasmikan oleh Pengurus Besar KTS Hospital, Puan Salina Long, diiringi oleh Dr. Mohamad Yusof Md Kassim selaku Pengarah Perubatan KTS Hospital pada jam 10.30 pagi hari ini.
Usaha ini dilakukan sebagai menyambut saranan kerajaan Negeri Terengganu untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai di kalangan masyarakat negeri ini.
KTS Hospital merupakan hospital swasta pertama di Kuala Terengganu yang melaksanakan perkhidmatan transaksi tanpa tunai secara menyeluruh dan kempen ini disokong penuh oleh pihak Bank Negara Malaysia.
KKLIU 1702/2026