KMI Kuala Terengganu Medical Centre sebelum ini dikenali sebagai Kuala Terengganu Specialist Hospital telah ditubuhkan pada September 2006 dan merupakan sebuah hospital swasta berlesen yang pertama di Terengganu. Terletak dengan strategik di pinggir bandar Kuala Terengganu, KMI Kuala Terengganu dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan moden untuk kepuasan pelanggan.
Bangunan 8 tingkat kami terdiri daripada 121 suite tunggal, 5 Teater Operasi, 2 Bilik Bersalin, Makmal Patologi, ICU / HDU dan 20 klinik swasta yang menempatkan pelbagai kepakaran doktor pakar kami; seperti Kesihatan Jantung, Penjagaan Buah Pinggang, Penjagaan Mata, Kesihatan Wanita dan Sakit Puan , Perubatan Am, Pembedahan Am, Dermatologi, Ortopedik, dan Penjagaan Pediatrik.
Di samping itu, hospital ini disokong oleh Pusat Radiologi yang komprehensif, Pusat Patologi, Pusat Fisioterapi & Pemulihan yang lengkap dan Perkhidmatan Kemalangan & Kecemasan 24 jam. Sejajar dengan aspirasi untuk meningkatkan perkhidmatan, KMI Kuala Terengganu terus memperluaskan dan menaik taraf perkhidmatan dan kemudahan untuk menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.
Selari dengan misi kami dalam menerajui kehidupan sihat, hospital kami sentiasa menganggap setiap pesakit sebagai individu penting dimana pemulihan, penjagaan dan keselesaan anda adalah keutamaan kami. KMI Kuala Terengganu diuruskan oleh Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI), bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad, yang juga mengendalikan KMI Kuantan di Pahang, KMI Kelana Jaya di Petaling Jaya, KMI Taman Desa di Kuala Lumpur dan KMI Tawau di Sabah.
Pengendali Penjagaan Kesihatan yang dipercayai dan menjadi pilihan.
1. Profesionalisme
2. Integriti
3. Empati
4. Kerja berpasukan
5. Inovatif
6. People-centric
7. Pemberdayaan
Kepercayaan kami terletak kepada penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan berpatutan yang boleh diakses oleh semua orang. Kami komited dalam menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan disediakan oleh kakitangan kami yang berdedikasi, terlatih dan cekap. Hospital kami terletak di lokasi yang strategik dan mudah diakses oleh pesakit yang tinggal di kawasan sekitar. Ini memastikan keperluan penjagaan penting mereka dipenuhi dan menggalakkan pemeriksaan perubatan yang kerap. Kebolehcapaian yang mudah ini menggalakkan pelawat dan rakan perniagaan berkunjung ke hospital kami.
Intipati jenama KMI Healthcare ialah kemampuan menyediakan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan yang berkaitan. Suasana hospital yang direka dengan baik dan tenang di semua hospital kami menggalakkan persekitaran penyembuhan untuk pesakit pulih dan menyumbang kepada peningkatan kesihatan pesakit.
Salina binti Long
Pengurus Besar
KMI Kuala Terengganu Medical Centre
Kelayakan
Pengalaman
Dr Mohamad Yusof Md. Kassim
Pengarah Perubatan
KMI Kuala Terengganu Medical Centre
Kelayakan
Pengalaman