Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTSH) ditubuhkan pada September 2006 dan merupakan sebuah hospital swasta berlesen yang pertama di Terengganu. Terletak dengan strategik di pinggir bandar Kuala Terengganu, KTSH dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan moden untuk kepuasan pelanggan.
Bangunan 8 tingkat kami terdiri daripada 24 suite tunggal, 5 Teater Operasi, 2 Bilik Bersalin, Makmal Patologi, ICU / HDU dan 9 klinik swasta yang menjadi tuan rumah bagi pelbagai doktor pakar kami: seperti Penjagaan Mata, Wanita dan Sakit Puan , Perubatan Am, Pembedahan Am, Dermatologi, Obstetrik & Ginekologi, Ortopedik, dan Penjagaan Pediatrik.
Di samping itu, hospital ini disokong oleh Pusat Radiologi yang komprehensif, Pusat Patologi, Pusat Fisioterapi & Pemulihan yang lengkap dan Perkhidmatan Kemalangan & Kecemasan 24 jam. Sejajar dengan aspirasi untuk meningkatkan perkhidmatan, KTS Hospital terus memperluaskan dan menaik taraf perkhidmatan dan kemudahan untuk menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.
Hospital kami sentiasa menganggap setiap pesakit sebagai individu penting dimana pemulihan, penjagaan dan keselesaan anda adalah keutamaan kami. KTSH diuruskan oleh Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI), bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad, yang juga mengendalikan Pusat Perubatan Kuantan di Pahang, Pusat Perubatan Kelana Jaya di Petaling Jaya, dan Pusat Perubatan Taman Desa di Kuala Lumpur.
Pengendali Penjagaan Kesihatan yang dipercayai dan menjadi pilihan
1. Memberi penjagaan yang selamat, berkualiti, penuh kasih sayang dan peribadi kepada pelanggan kami.
2. Menjadi organisasi pembelajaran untuk pekerja
3. Memberi pulangan yang mampan kepada pemegang kepentingan kami
4. Mematuhi standard Badan Bertauliah
1. Profesionalisme
2. Integriti
3. Empati
4. Kerja berpasukan
5. Inovatif
6. People-centric
7. Pemberdayaan
Kami adalah hospital pakar pelbagai disiplin yang menyediakan penjagaan kesihatan kepada masyarakat dengan harga yang berpatutan
Abel Ahing
Pengurus Besar
Kuala Terengganu Specialist Hospital Sdn Bhd
Kelayakan
Pengalaman
Dr Mohamad Yusof Md. Kassim
Pengarah Perubatan
Kuala Terengganu Specialist Hospital Sdn Bhd
Kelayakan
Pengalaman