NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Privasi

Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTSH) dan di dalam ini dirujuk sebagai "Hospital" atau "kami" menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat ‘Data Peribadi’ anda. Notis Privasi ini menggariskan bagaimana hospital kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan Data Peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kami boleh serta mungkin meminda notis privasi ini tanpa notis pemberitahuan dan notis privasi yang telah dipinda boleh didapat di premis atau di laman web kami.

1. Apakah Data Peribadi?

Data Peribadi merujuk kepada sebarang maklumat (seperti nama, alamat, nombor Kad Pengenalan, gambar, butiran kewangan, butiran akaun bank, pekerjaan, agama, majikan, dan lain-lain) yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang individu yang boleh didapati dan diperolehi dari maklumat yang telah berada di dalam simpanan kami , termasuk data peribadi yang sensitif. Data peribadi sensitif adalah merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan dengan keadaan kesihatan seseorang individu, agama dan kepercayaan beliau atau yang seumpama nya serta perlakuan yang melanggar undang –undang.

2. Sumber Data Peribadi

Pengumpulan Data Peribadi adalah bergantung kepada jenis dan tujuan lawatan anda ke hospital.Terdapat pelbagai sumber yang membolehkan data peribadi boleh diperolehi oleh pihak kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • a) Secara langsung daripada anda atau wakil anda apabila anda (ibu bapa, penjaga dan lain-lain) mengisi boring pendaftaran di fasiliti kami atau berhubung dengan kami melalui email, surat, melalui perbualan langsung atau perbualan telefon, atau semasa mengambil bahagian didalam maklum balas dan semasa aktiviti promosi dan pemasaran pihak kami untuk para pelanggan kami.
  • b)Daripada mana-mana pihak ketiga yang berkaitan dengan anda: seperti majikan atau potensi majikan, ejen, syarikat-syarikat insurans, kemudahan penjagaan kesihatan lain; dan
  • c) dari sumber-sumber lain yang telah mendapat keizinan dari anda untuk memdedahkan maklumat berkaitan dengan diri anda.

3. Adakah pemberian data peribadi diwajibkan?

Data peribadi yang dikumpul oleh pihak kami boleh diberi secara sukarela atau diwajibkan bergantung kepada tujuan pendedahan data peribadi anda. Sekiranya data peribadi yang diminta oleh pihak kami adalah bertujuan untuk memastikan supaya pihak kami dapat memberikan perkhidmatan yang efisien , maka adalah wajib bagi anda untuk memberikan maklumat tersebut.Kegagalan anda untuk berbuat sedemikian mungkin akan menjejaskan perkhidmatan yang disediakan untuk anda.

Data peribadi yang diberi secara sukarela adalah seperti, no faks pejabat , alamat e-mel dan sebagai nya. Walaubagaimana pun maklumat yang tersebut adalah bertujuan untuk membantu kami memberikan perkhidmatan yang diperlukan terhadap anda.

4. Tujuan Pengumpulan Dan Pemprosesan Data Peribadi Anda

Tujuan untuk pengumpulan data peribadi adalah bergantung kepada kontek hubungan di antara anda dengan pihak kami, serta tujuan lawatan anda ke fasiliti kami.Tujuan pengumpalan data peribadi anda adalah mana –mana seperti berikut:-

  • Untuk proses perkhidmatan yang anda terima dan / atau perkhidmatan yang telah anda pohon;
  • Untuk pengurusan dan untuk berhubung dengan anda mengenai perkhidmatan kami yang sedia ada atau yang akan datang.
  • Untuk mengakses keupayaan kredit anda dan proses apa-apa bayaran yang berkaitan dengan anda;
  • Untuk tujuan insurans , pengurusan pihak ketiga dan mana-mana pihak ketiga yang lain;
  • Untuk tujuan respon terhadap sebarang pertanyaan dan maklum balas anda;
  • Untuk aktiviti pemasaran dan promosi; /li>
  • Untuk rakaman audio (contoh: panggilan yang dibuat ke pusat hubungan);
  • Untuk pengurusan dan pelaksanaan transaksi komersil (pemberian tender, kontrak untuk perkhidmatan, lain lain kontrak yang berkaitan);
  • Untuk lebih memahami keperluan anda sebagai pelanggan dan untuk meningkatkan lagi tahap perkhidmatan yang disediakan untuk anda;
  • Untuk kegunaan internal seperti penilaian keberkesanan pemasaran, penyelidikan pasaran, analisis statistik, laporan, audit, pematuhan dan pengurusan risiko dan untuk mencegah penipuan;
  • bagi pencegahan jenayah (contoh: penggunaan liputan CCTV);
  • bagi tujuan penyiasatan, pelaporan, pencegahan yang berkaitan dengan kegiatan jenayah penipuan;
  • bagi tujuan memastikan kepentingan pihak-pihak berkepentingan dilindungi;
  • bagi maksud menguatkuasakan undang-undang dan / atau mendapatkan nasihat berkaitan dengan undang-undang;
  • untuk memindah atau menyerahkan hak , serta minat dan tanggungjawab di bawah mana-mana perjanjian anda dengan kami; /li>
  • untuk pengurusan rekod internal;
  • Bagi kegunana apa-apa maksud lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, Peraturan-peraturan, garis panduan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan; dan
  • untuk apa-apa maksud lain yang berkaitan.

5. Pendedahan Data peribadi Anda

Sebagai sebahagian daripada keperluan untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan kami dan pengurusan atau operasi yang sama, kami mungkin perlu untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana – man yang seperti berikut:-

a) Pendedahan kepada Pihak Ketiga

  • syarikat-syarikat insurans, syarikat kad kredit, majikan atau potensi majikan, pihak luar bagi kes di mana pesakit dipindahkan ke hospital kerajaan atau hospital swasta yang lain, ibu bapa dan penjaga.
  • pihak berkuasa yang mengawal - selia: seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Cukai pendapatan , KWSP, PERKESO, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan mana-mana badan-badan berkanun yang lain yang mempunyai kuasa atau bidang kuasa;
  • Semasa kajian oleh Badan-badan Akreditasi yang berkaitan;
  • pihak-pihak ketiga yang dilantik oleh pihak kami bagi menyediakan perkhidmatan kepada kita atau pada pengendali Pihak kami (seperti juru audit, setiausaha syarikat, peguam, penganjur acara, perunding, agensi-agensi pengambilan pekerja, kontraktor, pembekal dan lain-lain.).

b) Pendedahan di dalam Hospital

Apa-apa pendedahan dibuat di dalam Hospital hanya dilakukan sekiranya perlu bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan untuk anda tidak terhalang. Hanya data yang berkaitan sahaja akan diberikan kepada kakitangan serta jabatan- jabatan tertentu.

Pihak kami memahami bahawa data peribadi anda adalah sulit dan tidak akan mendedahkan data peribadi anda tanpa kebenaran anda kecuali:

  • Anda telah memberikan kebenaran secara bertulis atau secara lisan untuk pendedahan data peribadi anda;
  • pendedahan data adalah perlu dimana terdapat risiko yang serius terhadap kebajikan anda;
  • pendedahan data adalah perlu bagi tujuan penyisiatan dan pencegahan jenayah;
  • pendedahan data diperlukan dan dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang atau perintah mahkamah;
  • kami mempunyai kepercayaan yang munasabah bahawa pihak kami mempunyai hak undang-undang untuk mendedahkan data Peribadi anda kepada pihak ketiga;
  • pihak kami bertindak atas kepercayan yang munasabah, dimana sekiranya anda tahu berkenaan pendedahan data tersebut, anda akan memberi kebenaran untuk pendedahan data peribadi anda di dalam keadaan yang sedemikian;
  • pendedahan data tersebut dilakukan demi kepentingan awam di dalam keadaan tertentu yang ditetapkan oleh kementerian yang berkaitan.

6. Keselamatan Data Peribadi anda

Keselamatan Data Peribadi anda adalah merupakan keutamaan pihak kami. Pihak kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah dan praktikal untuk memastikan bahawa semua salinan data peribadi anda disimpan dengan selamat.Sekira nya data peribadi anda didedahkan kepada ejen yang dibenarkan atau kepada pembekal perkhidmatan, kami akan memastikan mereka melindungi data peribadi anda sewajar nya.

7. Penyimpanan Data peribadi anda

Kami akan menyimpan data peribadi anda hanya untuk selama yang perlu bagi memenuhi maksud dan tujuan yang ia dikumpulkan atau untuk mematuhi undang-undang , peraturan dan keperluan internal. Apabila tujuan yang disebutkan telah tercapai atau dipenuhi, pihak kami akan melupuskan atau pun memadamkan data tersebut secara kekal sepeti yang digariskan di dalam polisi kami.

8. Hak untuk mengakses dan mengemaskini Data peribadi

Anda mempunyai hak untuk mengakses Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami (tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang ditetapkan dalam PDP atau Akta yang lain) dan memohon untuk pembetulan Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan serta tidak dikemas kini. Di dalam situasi tertentu, bayaran mungkin akan dikenakan untuk mengakses atau membetulkan data peribadi anda, bergantung kepada maklumat yang diminta.

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA akses kepada Data Peribadi anda mungkin ditahan di dalam situasi tertentu, seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan, perundangan, peraturan peraturan tertentu bagi memastikan keselemtan pesakit kami (contohnya di dalam situasi di mana kami tidak dapat mengesahkan identity anda)

Penafian

Pihak Kami akan menyemak dan mengemaskini notis ini dari masa ke semasa selaras dengan sebarang perubahan di dalam undang-undang, perubahan di dalam amalan perniagaan, struktur serta prosedur kami, dan mengikut perubahan keperluan privasi masyarakat.Anda digalakkan untuk menyemak notis ini bagi memastikan bahawa anda mengetahui versi terbaru yang diguna pakai setiap kali anda mengakses laman sesawang ini.

Sebarang pertanyaan atau permintaan untuk mengakses atau mengemas kini Data Peribadi atau untuk menarik balik akuan kebenaran, harus lah ditujukan kepada kepada Jabatan Rekod Perubatan atau Pegawai kami melalui panggilan +09 657 8888 atau menghantar e-mel kami di dataprotecttion.ktsh@tdmberhad.com.my