Berita & Acara

ARTIKEL | 15th October 2020

[KTSH] 7 Langkah Untuk Mencapai Kesihatan Mental yang Baik

 #1: Sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat
• Makan makanan seimbang
• Mengekalkan berat unggul
• Meluangkan masa untuk berehat dan beriadah
• Tidur dan rehat yang mencukupi.


#2: Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
• Mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda.
• Menyasarkan matlamat yang boleh dicapai.
• Belajar menerima apa yang anda tidak boleh ubah.

#3: Berfikir dengan positif
• Mengamalkan bercakap positif pada diri sendiri seperti:
Saya akan, saya boleh, saya akan cuba, saya juara, saya disayangi, saya menarik, dan sebagainya.


#4: Dengar suara hati anda                                                                              

• Suara hati/perasaan memberitahu anda apa yang sedang berlaku, apa yang anda perlukan, juga apa yang penting untuk diri anda.
• Suara hati/perasaan akan memberitahu anda bila anda perlu menjaga diri anda seperti: 

  • Mencari teman bila kesunyian.
  • Menangis bila bersedih.
  • Menyanyi dan tersenyum bila gembira.

Anda boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa namun anda tetap ada perasaan, berikut adalah beberapa perasaan yang kuat kita alami sesekali dalam hidup: Keseorangan, disayangi, ketakutan, kesedihan. tiada upaya dan malu. Tidak salah jika anda meluahkan perasaan anda sesuai dengan tempat dan keadaan kerana dengan memendam perasaan jauh di dalam hati akan lebih mengganggu perasaan anda.

#5: Belajar menangani kritikan dengan baik.                                               

Kritikan yang jujur dan membina memberi maklum balas tentang diri anda bahawa anda:       

  • Ambil tahu tentang orang lain atau
  • Menyebabkan orang lain tidak menyukai anda,
  • Anda didatangi masalah. Anda belajar menerima kritikan dan mengambil keputusan samaada perlakuan itu yang anda pilih untuk diubah.

Bila anda dikritik, anda boleh:
• Berada dalam keadaan santai
• Tarik nafas panjang
• Nyatakan atau lafazkan perkataan “tenang” (relax).
• Bayangkan anda berada di tempat yang selamat untuk beberapa saat.    


Buat keputusan apa yang patut diterima atau dipercayai. Anda tidak perlu menerima semua kenyataan yang dibuat mengenai diri anda, anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kritikan tersebut, kerana anda sendiri yang lebih mengetahui tentang diri anda. Jika kritikan itu membina dan bertepatan dengan diri anda :
• Terima kesilapan dan akui kritikan itu betul.
• Memohon maaf.
• Ambil langkah untuk membetulkan keadaan tersebut. Jika kritikan tepat tetapi tidak membina :
• Akui kesilapan
• Beri jawapan yang tegas terhadap kritikan yang menyinggung perasaan.
• Ambil langkah pembetulan.

Jika kritikan tidak tepat :                                                                             

• Dapatkan maklumat lanjut
• Betulkan kesilapan maklumat yang dibangkitkan.

Jika kritikan tidak mesra, dan ketepatannya merupakan hanya satu pandangan : 

  • Cari jalan persetujuan.
  • Minta pendapat dan cadangan. Fikirkan untuk menggunakan komponen bahasa tanpa lisan bagi komunikasi yang sertif contohnya duduk dengan tegak dan meyakinkan, nada suara yang terang dan tegas serta pandang tepat ke mata. Langkah-langkah ini juga akan membantu anda memberi jawapan dan dihormati.

#6: Belajar untuk menyukai diri sendiri.            

  • Adalah BOLEH untuk menyukai diri anda dan menjadikan anda sahabat kepada diri anda.                 
  • Buatlah satu perkara baik setiap hari sebagai hadiah istimewa untuk diri anda.     
  • Anda boleh bercakap perkara yang baik-baik tentang diri anda.       
  • Anda boleh berhenti dari membuat perkara yang anda tidak sukai.       
  • Anda tidak perlu menyukai semua orang dan semua orang tidak perlu menyukai anda.

#7: Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari profesional bila diperlukan.          

Jangan simpan semua masalah dan kebimbangan diri anda. Anda tidak bersendirian dan anda boleh berbincang dengan orang yang anda percayai. Mungkin mereka mengalami pengalaman yang serupa dan boleh memberi cadangan penyelesaian untuk anda.


Sumber: myhealth.gov.my