Berita & Acara

BERITA | 12th May 2023

Dua hospital TDM bakal dibina tahun depan

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN       12 Mei 2023, 12:02 pm

KUALA TERENGGANU – Kumpulan TDM Berhad yang merupakan anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu bakal memperluaskan lagi segmen penjagaan kesihatan dengan pembinaan dua buah hospital baharu pada tahun depan.

Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, lokasi hospital terbabit adalah di Chukai, Kemaman dan Kota Bharu, Kelantan.

Beliau berkata, TDM Berhad telah merekodkan pertumbuhan positif segmen penjagaan kesihatan dengan peningkatan sebanyak 24 peratus pada tahun lalu.

“Perolehan sebanyak RM278.7 juta itu merupakan pencapaian tertinggi pernah dicapai segmen penjagaan kesihatan TDM.

“Oleh itu, kita optimis pembinaan dua buah hospital baharu tersebut bakal menjadi pemangkin yang signifikan terhadap pendapatan keseluruhan syarikat,” katanya di Wisma TDM, di sini hari ini.

Najman berkata, hospital baharu di Chukai menyediakan 100 katil dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM60 juta.

Beliau berkata, buat masa ini, TDM memiliki lima hospital pakar di bawah kelolaan Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare) di Kelana Jaya, Selangor; Kuantan, Pahang; Kuala Terengganu; Taman Desa, Kuala Lumpur dan Tawau, Sabah. – KOSMO! ONLINE

Terkini

Arkib