News & Events

NEWS | 27th July 2020

TDM bakal tawar produk baharu berkaitan rawatan Covid-19 - Kosmo

KUALA TERENGGANU – Kumpulan TDM Bhd. yang memiliki empat rangkaian hospital di negara ini sedang membuat persiapan untuk menawarkan perkhidmatan baharu berkaitan rawatan dan pencegahan Covid-19.

Pengerusinya, Raja Datuk Idris Raja Kamarudin berkata, strategi itu bertujuan untuk mengembangkan lagi pertumbuhan pendapatan kumpulan selain mempelbagaikan lagi punca pendapatan bagi menghadapi cabaran dalam persekitaran ekonomi yang sukar kini.

“Perkhidmatan baharu itu akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-55 TDM di sini semalam.

TDM memiliki empat rangkaian hospital di Kuala Terengganu; Kuantan, Pahang, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Selangor.

Selain itu, Raja Idris menjelaskan, prestasi anak syarikat kerajaan negeri Terengganu bagi suku pertama tahun ini agak memberangsangkan apabila masih mencatatkan pertumbuhan sebanyak tiga peratus.

“Sektor peladangan dan kesihatan yang diterajui TDM telah berjaya menyumbang pendapatan sebanyak RM107.8 juta pada suku pertama tahun ini.

“Ia peningkatan tiga peratus berbanding RM104.7 juta yang diperolehi pada suku tahunan sebelumnya,” jelas beliau.

Sementara itu, bagi sektor perladangan, TDM akan memberi tumpuan meningkatkan produktiviti dan mengoptimumkan kos pengeluaran yang disokong asas-asas jangka panjang,” katanya.

Berita Penuh: https://www.kosmo.com.my/2020/07/27/tdm-bakal-tawar-produk-baharu-berkaitan-rawatan-covid-19/

What's New

Past