News & Events

NEWS | 16th July 2023

KMI Healthcare bina hospital di Kemaman

KEMAMAN, 17 Julai – Sebuah hospital baharu akan dibina di daerah ini oleh Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare), anak syarikat TDM Berhad.

Hospital pakar berkenaan adalah hospital ke-enam dibina oleh KMI Healthcare, anak syarikat TDM Berhad, milik kerajaan Terengganu.

Majlis pecah tanah tapak pembinaan hospital swasta itu dilakukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar semalam.

Ahmad Samsuri berkata, pembinaan hospital terbabit akan menggalakkan lebih banyak perkembangan positif selain mempelbagaikan pilihan dalam perkhidmatan kesihatan di negeri berkenaan.

“Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan Terengganu dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi dan mencukupi di negeri ini,” katanya.

Hospital itu akan dibina di atas tanah seluas 3.4 hektar di Kampung Jaya, Mukim Chukai, dekat sini, membabitkan kos RM14.1 juta.

Ahmad Samsuri juga berharap dengan siapnya hospital itu pada 2025, ia dapat menjadikan Terengganu sebagai hab perubatan pilihan utama di Pantai Timur Semenanjung.

— Mohammad Ishak

What's New

Past