News & Events

NEWS | 16th July 2023

TDM ambil alih tanah bernilai RM14.1 juta untuk pembangunan hospital swasta di Kemaman

KUALA LUMPUR 17 Julai - TDM Berhad menerusi anak syarikatnya, KMI Assets Sdn. Bhd. memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersama Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) untuk mengambil alih tanah pegangan bebas yang dikategorikan sebagai tanah rizah melayu bernilai RM14.1 juta berkeluasan 21,860 meter persegi di Cukai, Kemaman.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, cadangan pengambilalihan tanah itu membolehkan KMI Assets membina hospital swasta yang dikendalikan oleh anak syarikat mereka yang akan dimaklumkan kemudian. 

Katanya, pembangunan hospital swasta itu adalah bersesuaian dengan strategi dan rancangan TDM untuk pengembangan jenama KMI Healthcare di kawasan lain di Pantai Timur Malaysia dan pada masa yang sama mewujudkan nilai ekonomi serta potensi pendapatan untuk kumpulan itu. 

"Nilai yang ditetapkan itu adalah berdasarkan kesediaan kedua-dua pihak penjual serta pembeli selepas mengambil kira kedudukan yang hampir dengan pekan Cukai yang meningkatkan prospek pembangunan bangunan hospital swasta. 

"Deposit akan dibiayai melalui dana yang dijana secara dalaman manakala baki harga belian akan disediakan melalui dana yang dijana secara dalaman dan kemudahan bank. 

"Pada kekita ini, adalah awal bagi Kumpulan TDM untuk memastikan pecahan tepat antara dana yang dijana secara dalaman dan kemudahan bank,"katanya. 

Cadangan pengambilalihan tanah itu dijangka tidak memberi kesan kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. 

Bagaimanapun, ia dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan itu pada masa hadapan. 

— Nor Azan Fitri Ahmad Hidzir

What's New

Past