News & Events

EVENTS | 26th January 2023

LAWATAN JALINAN KASIH BERSAMA WARGA SRI STELLA TAWAU

LAWATAN JALINAN KASIH BERSAMA WARGA SRI STELLA TAWAU

26 Januari 2023 : KMI Tawau hari ini mengadakan Lawatan ke Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sri Stella, Tawau.

Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sri Stella, Tawau adalah pusat penjagaan dan pendidikan untuk kanak-kanak kurang upaya, Pusat penjagaan ini mempunyai lebih kurang 30 orang kanak-kanak istimewa dari pelbagai latar belakang dan mempunyai kekuatan 15 orang Kakitangan.

Program lawatan ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara semua pihak yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, dalam memperkasakan kumpulan OKU.

Kehadiran kami telah disambut mesra oleh Encik Safwan selaku pegawai yang bertugas serta diiringi dengan keriangan dan kemesraan kanak-kanak berkenaan yang sangat mengharukan.

Diharap program ini dapat memupuk perasaan menghargai dan tidak mengabaikan golongan istimewa dalam masyarakat selain menyemai sifat kepedulian dalam sesama insan.