News & Events

EVENTS | 15th May 2024

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐊𝐌𝐈 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐮 & 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐎𝐫𝐭𝐨𝐩𝐞𝐝𝐢𝐤 & 𝐂-𝐀𝐫𝐦

Majlis Rumah Terbuka KMI Tawau dan Pelancaran Perkhidmatan Ortopedik telah berjaya dilaksanakan pada 11 Mei 2024, Sabtu yang lalu. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Pengarah KMI Tawau, Tuan Haji Anuar Ali yang menandakan hospital KMI Tawau telah berkembang terutamanya dalam pengendalian rawatan yang berkualiti. Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian & Keushawanan Sabah merangkap Ahli Parlimen Kalabakan dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandy; ADUN Balung, Datuk Hamild Awang; wakil Ikatan Dokter Indonesia (IDI) Nunukan; Pengurus Besar KMI Tawau, Encik Zainulalim Samsudin dan Pakar Bedah Ortopedik KMI Tawau, Dr. Fadzly Ramidi.

Terima kasih juga yang menghadiri majlis ini termasuklah tetamu kehormat, ahli-ahli parlimen, ahli-ahli dewan undangan negeri, badan korporat, jabatan-jabatan kerajaan, klinik-klinik perubatan, doktor dan warga kerja KMI Tawau.

KMI Tawau komited dalam memperkembangkan perkhidmatan disiplin perubatan bagi merealisasikan reputasi penjagaan kesihatan bermutu di Tawau. KMI Tawau akan berusaha untuk memberi perkhidmatan profesional kepada pesakit dan selaras dengan misi syarikat iaitu menyediakan penjagaan yang berkualiti kepada pelanggan.

"𝙆𝙈𝙄 𝙏𝙖𝙬𝙖𝙪 𝙈𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙟𝙪𝙞 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣 𝙎𝙞𝙝𝙖𝙩"

 

What's New