News & Events

NEWS | 13th May 2024

𝐓𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐔𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐦𝐛𝐨𝐥𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐌𝐈 𝐇𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡𝐜𝐚𝐫𝐞 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐉𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐣𝐢

𝐓𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐔𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐦𝐛𝐨𝐥𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐌𝐈 𝐇𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡𝐜𝐚𝐫𝐞 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐉𝐞𝐦𝐚𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐣𝐢.

Pihak pengurusan KMI Tawau yang diketuai oleh Encik Zainulalim Samsudin, Pengurus Besar KMI Tawau telah menyampaikan sumbangan barangan untuk bakal jemaah haji pada Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri Tabung Haji Cawangan Tawau pada 04 Mei 2024, Sabtu. Inisiatif sumbangan ini telah disambut baik oleh Pengurus Tabung Haji Cawangan Tawau iaitu Tuan Hj Ajmal Junaidi. Beliau mengucapkan terima kasih kepada KMI Healthcare dan berkata keperluan sebegini amat bermakna buat bakal jemaah yang terpilih untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Semoga bakal jemaah haji pada tahun ini dipermudah segala urusan sehingga mendapat haji yang mabrur.

What's New