News & Events

NEWS | 12th October 2024

Kejohanan 9 Sebelah Piala TawauKini X IT Team, tajaan KMI Tawau Medical Centre

Tawau - Pada 12 dan 13 Oktober 2024, telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala TawauKini x IT Team bertempat di Padang Hoki Kompleks Sukan Tawau

Sebanyak 25 pasukan bola sepak dari seluruh daerah Tawau telah menyertai kejohanan yang telah berlangsung selama dua hari bermula 12 hingga 13 Oktober 2024. KMI Tawau Medical Centre turut serta sebagai penaja utama dalam acara kejohanan ini. Hal ini dapat memperkenalkan KMI Tawau Medical Centre mempunyai hospital yang lengkap dengan pelbagai kemudahan kesihatan dan juga memperkenalkan pakar ortopedik KMI Tawau Medical Centre, Dr Fadzly Ramidi.

Kejohanan ini adalah sempena menyambut Hari Sukan Negara iaitu bermula pada 11 hingga 13 Oktober 2024. Hari Sukan Negara (HSN) merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu Kedua bulan Oktober sejak tahun 2015 dengan hasrat membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.

Encik Zainulalim Bin Samsudin, selaku Pengurus Besar KMI Tawau Medical Centre telah berkesempatan untuk merasmikan acara penutup dan menyampaikan piala kejohanan dan hadiah pertandingan. Dalam ucapannya, Encik Zainulalim melahirkan rasa gembira atas penglibatan KMI Tawau Medical Centre dalam menyokong kejohanan ini. Program tersebut turut dihadiri Pakar Ortopedik KMI Tawau Medical Centre, Dr. Fadzly Ramidi.Turut bersama Pengarah Akademi Bola Sepak Tawaukini, Rahman Imuda, yang juga pengarah kejohanan Piala Tawaukini, merakamkan penghargaan kepada semua pasukan yang bertanding. 

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari di Padang Hoki Kompleks Sukan Tawau ini menyaksikan penyertaan 25 pasukan, dengan Perilly’s FC dinobatkan sebagai juara, diikuti IT Team sebagai naib juara. Tempat ketiga bersama diraih oleh IT Team B dan Pasukan GBA A, sekaligus menamatkan acara penuh kompetitif ini. Terima kasih kepada ahli TawauKini x IT Team, peserta dan orang ramai yang hadir mengunjungi reruai KMI Tawau Medical Centre pada 12-13 Oktober 2024, yang berlangsung 2 hari berturut-turut. di Padang Hoki, Kompleks Sukan Tawau bagi pemeriksaan saringan kesihatan dan analisis komposisi badan secara percuma serta mendapatkan nasihat kesihatan.

What's New