News & Events

EVENTS | 8th March 2024

𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐈𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐨𝐤𝐭𝐞𝐫 𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚 (𝐈𝐃𝐈) 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐍𝐮𝐧𝐮𝐤𝐚𝐧, 𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞 𝐊𝐌𝐈 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐮

Satu Lawatan Kerja yang diketuai Dr. Sholeh Rauf, Magister Kesehatan merangkap Ketua Ikatan Dokter Indonesia (IDI) Cabang Nunukan, Indonesia bersama-sama 28 orang delegasinya termasuk doktor pakar telah hadir ke KMI Tawau Medical Centre pada 08 Mac 2024, (Jumaat) yang lalu. Para ahli delegasi telah disambut mesra oleh Encik Zainulalim Samsudin, Pengurus Besar KMI Tawau dan seluruh warga kerja KMI Tawau.

Di dalam lawatan tersebut, para delegasi telah mengadakan perbincangan dua hala, berkongsi idea, membincangkan dasar strategik pemasaran, serta membincangkan strategi-strategi kecekapan dan keberkesanan pengoperasian hospital. KMI Tawau terletak di kawasan terkemuka yang juga merupakan pintu masuk untuk Warga Indonesia ke Pantai timur Sabah, iaitu bahagian Utara Kalimantan.

Semoga KMI Tawau terus unggul dan menjadi satu-satunya penyedia perkhidmatan kesihatan yang terbaik buat warga tempatan dan juga warga Indonesia.

 

What's New