Berita & Acara

BERITA | 14th December 2020

Pengunjung Terengganu disaran lakukan saringan Covid-19 - Kosmo

KUALA TERENGGANU – Individu yang memasuki Terengganu terutama dari zon merah di seluruh negara disaran agar menjalani saringan Covid-19 di klinik kesihatan terdekat sebaik tiba ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, saringan Covid-19 berkenaan bukanlah mandatori.

Begitupun, beliau menjelaskan saringan berkenaan amat penting demi keselamatan kontak rapat mereka terutama dalam kalangan ahli keluarga sepanjang berada di negeri ini.

“Risiko atas diri mereka sendiri. Walaupun saringan (Covid-19) ini tidak diwajibkan, fikirlah yang terbaik jika sayangkan keluarga masing-masing.

“Pada masa masa, kita telah memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam terutama tumpuan ramai seperti Pasar Kedai Payang di sini,” katanya selepas melancarkan perkhidmatan Rawatan ke Rumah Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTSH) di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Alias menjelaskan penularan pandemik Covid-19 di Terengganu masih terkawal dengan 25 kes aktif telah direkodkan setakat ini.

Jelas beliau, kebanyakan kes tersebut melibatkan kontak rapat yang telah dikuarantin awal.

“Dua kes import pula membabitkan warga emas yang pulang ke Terengganu untuk dijaga oleh adik beradik mereka,” katanya. – K! ONLINE

Berita Penuh: https://www.kosmo.com.my/2020/12/14/pengunjung-terengganu-disaran-lakukan-saringan-covid-19/

Terkini

Arkib