Berita & Acara

BERITA | 23rd October 2023

KMI Healthcare ambil alih Hospital Bersalin Razif

PETALING JAYA: Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI Healthcare), anak syarikat TDM Berhad, dan Hospital Bersalin Razif (HBR) telah memeterai Perjanjian Jualan Saham (SSA) bagi memperoleh kepentingan 100 peratus kepentingan hospital berkenaan. 

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, TDM Berhad memberitahu, pengambilalihan melibatkan pelaburan berjumlah RM15 juta yang akan dibayar secara tunai. 

Jelasnya, urus niaga yang berada di peringkat akhir itu masih tertakluk kepada pemenuhan duluan syarat. 

Dalam kenyataan berasingan, KMI Healthcare memberitahu, HBR mempunyai kapasiti katil sebanyak 35 dengan lebih 20 tahun kehadiran di Klang, Selangor. 

Majlis pemeterian SSA telah diadakan di Kuala Lumpur, kelmarin. Ia diadakan bersempena Persidangan Kualiti KMI yang dihadiri 100 pemain industri, diusuli majlis makan malam penghargaan untuk 200 pemegang kepentingan syarikat itu. 

Pengerusi TDM Berhad, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dalam kenyataan berkata, pemeteraian perjanjian merupakan kejayaan besar bagi Kumpulan dan akan membawa lebih banyak pemangkin untuk KMI Healthcare agar terus berkembang maju. 

"Hospital Bersalin Razif akan menjadi hospital keenam di bawah rangkaian KMI Healthcare melalui pengembangan brownfieldnya," katanya. 

— Utusan Malaysia 

Terkini

Arkib