Berita & Acara

ACARA | 16th July 2023

Majlis Pecah Tanah KMI Chukai Medical Centre

Pada 16 Julai 2023, berlangsungnya Majlis Pecah Tanah KMI Chukai Medical Centre. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu iaitu YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Ini adalah hospital pakar kedua yang akan dibangunkan di negeri Terengganu selepas KMI Kuala Terengganu Medical Centre. Pembangunan ‘greenfield’ baharu ini terletak di Kampung Jaya, Chukai, Kemaman dan dijangka beroperasi pada awal tahun 2028.

Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli antara Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan juga KMI Assets Sdn. Bhd turut diadakan pada hari tersebut bagi tanah seluas 5.4 ekar dengan nilai RM 14.1 juta.

KMI Chukai bakal menempatkan 50 buah katil dengan pelbagai fasiliti yang moden serta mempunyai bilik persendirian bagi memberi keselesaan kepada pesakit dan keluarga.

Semoga pembinaan KMI Chukai ini memberi kemudahan kepada masyarakat setempat serta dapat menyediakan penjagaan kesihatan pilihan terbaik yang berkonsepkan mesra ibadah dalam mencapai visi kami sebagai ‘Trusted Healthcare Provider of Choice’.

Terkini

Arkib