Berita & Acara

BERITA | 2nd August 2023

KMIKT Komited Tawarkan Perkhidmatan Lebih Komprehensif

KUALA TERENGGANU, 6 Ogos- KMI Kuala Terengganu Medical Centre (KMIKT), anak syarikat bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad (TDM) di bawah kelolaan Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. terus komited dalam memastikan perkhidmatan yang lebih komprehensif dapat disediakan kepada masyarakat setempat.

Pengurus Besar KMIKT, Salina Long berkata, ianya termasuk dengan pembukaan satu pusat dialisis di dalam fasiliti KMIKT pada tahun hadapan. 

"Dengan adanya pusat dialisis ini, KMIKT yakin ia dapat menampung keperluan pesakit yang memerlukan rawatan buah pinggang.  

"Usaha ini selari dengan visi syarikat untuk menempatkan pelbagai perkhidmatan kesihatan dibawah satu bumbung sahaja,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di KMIKT.

Selain itu katanya, antara perancangan pada tahun hadapan juga adalah penawaran perkhidmatan baru seperti onkologi dan neurologi untuk menyokong perkhidmatan sedia ada.

"KMIKT juga bersedia untuk melabur dalam teknologi yang moden dan terkini untuk memastikan tahap perkhidmatan yang diberikan adalah bermutu tinggi dan berkembang mengikut peredaran zaman, " ujarnya.

Tambah beliau, dalam memantapkan mutu perkhidmatan pelanggan juga, KMIKT berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi semua pelanggannya selari dengan pengiktirafan ISO: 9001:2015 dan BrandLauerate BestBrand Award yang telah di terima pada tahun 2022.

"Justeru itu, KMIKT kini terus komited untuk mendapatkan pensijilan Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) yang merupakan satu akreditasi yang mengikut piawaian dan kualiti antarabangsa untuk sektor kesihatan. 

"Dengan adanya akreditasi ini, perkhidmatan penjagaan kesihatan yang selamat dan berkualiti adalah jaminan KMIKT kepada semua pelanggannya, " jelas Salina. 

Mengulas lanjut, Salina memaklumkan, sejak penubuhan Servis Kardiologi dan Makmal Kateterisasi pada tahun 2020, seramai 3027 pesakit jantung telah berjaya dirawat sehingga Jun 2023. 

"Angka ini dijangka akan terus meningkat berdasarkan permintaan yang sangat memberangsangkan daripada komuniti Pantai Timur. 

"Antara rawatan bukan invasif yang ditawarkan di KMIKT adalah Angiogram & Angioplasti Koronari serta Kajian Elektrofisiologi Jantung, " ujarnya. 

Menurut beliau, KMIKT merupakan satu-satunya hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan jantung di Negeri Terengganu.

— Noraini Jusoh

Terkini

Arkib