Berita & Acara

BERITA | 23rd October 2023

TDM beli hospital bersalin swasta di Klang berharga RM15 juta

KUALA LUMPUR 24 Okt - Anak syarikat penjagaan kesihatan TDM Bhd, Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI), membeli hospital bersalin swasta di Klang berharga RM15 juta. 

Dalam makluman di Bursa Malaysia Securities Bhd, TDM berkata KMI telah memeterai perjanjian penjualan saham dengan Datuk Mohd Razif Abdul Aziz dan Datin Norana binti Yacob untuk membeli 100 peratus kepentingan dalam Hospital Bersalin Razif Sdn Bhd (HBR). 

TDM akan membiyai pemerolehan melalui pembiayaan bank. 

Pengambilalihan HBR, adalah pelan strategik untuk pengembangan jenama KMI bagi mewujudkan nilai ekonomi yang lebih baik dan potensi pendapatan untuk TDM. 

Dalam kenyataan medianya, TDM memaklumkan bahawa Hospital Bersalin Razif akan menjadi hospital ke-6 di bawah rangkaian KMI Healthcare melalui pengembangan 'brownfield' nya. 

Dalam ucapannya, Tengku Seri Bijaya Raja (Dato' Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil), Pengerusi TDM Berhad berkata pemeteraian perjanjian antara KMI Healthcare dan Hospital Bersalin Razif merupakan satu lagi kejayaan besar bagi Kumpulan dan akan membawa lebih banyak pemangkin untuk KMI Healthcare agar terus berkembang maju. 

Hospital Bersalin Razif mempunyai kapasiti katil sebanyak 35 dengan lebih 20 tahun wujud di Klang, Selangor. 

— Johardy Ibrahim 

Terkini

Arkib